Thursday 3 November 2011

PELUANG KEEMASAN

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO INOVASI


Penciptaan logo inovasi ini perlulah memenuhi objektif berikut :
  • Trademark atau simbolik yang mencerminkan cetusan idea, kreativiti dan penekanan kepada inovasi di kalangan warga   Malaysia.
  • Melambangkan keupayaan penghasilan kreativiti dan inovasi yang berimpak tinggi.
  • Memupuk kesedaran budaya kreativiti, inovasi dan pemikiran  di luar kotak di kalangan warga Malaysia.


SPESIFIKASI:



  • Rekaan logo hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dan ditampalkan pada mounting board.
  • Rekaan logo digalakkan  menggunakan grafik komputer dan dan juga disediakan dalam bentuk softcopy menggunakan format  AI (Adobe IIlustrator) dan JPEG dengan resolusi minimum 1280x960.
  • Rekaan logo menggunakan TIDAK LEBIH dari lima (5) warna termasuk hitam dan putih.
  • Rekaan logo hendaklah merangkumi perkataan ‘Inovasi Malaysia’ sebagai sebahagian daripada logo yang dihasilkan.
  • Simbol mentol dan penggunaan pensil warna tidak digalakkan.
  • Paparan logo yang dihasilkan perlulah jelas dalam semua bentuk bahan cetak dan elektronik.
  • Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan dan  ditampalkan di belakang mounting board.
  • Ciptaan mestilah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana - mana pihak.

 

SYARAT PENYERTAAN


  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, individu atau berkumpulan.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  • Keputusan adalah muktamad.
  • Semua penyertaan adalah menjadi hak milik MAMPU dan tidak akan dikembalikan.
  • Penyertaan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Nama, Alamat surat-menyurat, No.K/P, Telefon dan alamat e-mel serta cd softcopy logo.
  • Pemenang-pemenang akan menerima sijil dan ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000.
  • Hanya pemenang sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi.

 

PENGHANTARAN PENYERTAAN



Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada :

Urus setia Pertandingan Mencipta
Logo Inovasi
Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA


No comments:

Post a Comment